Selasa, 4 Disember 2012

Skegness UK: Southview Park Hotel

Hai semua!

Sekarang sambung entri yang tertunggak hampir 2 bulan. saya ke Skegness 1 Oktober, tapi sekarang dah 4 Disember. kihkihkih. (ketawa dalam tangisan. kesian kat diri sendiri yang malas) T_T

Bagi yang tak tau, Skegness tu salah satu daerah di England, kawasan di tepi pantai. Tarikan utama daerah ni ialah pantai dan caravan. 

Dalam entri yang lepas, saya dah bercerita kami tinggal di dalam caravan. kali ni saya nak bercerita pihak resort yang sediakan perkhidmatan Caravan. Nama resort yang kami tinggal ialah Southview Park Hotel. Southview park ni menyediakan perkhidmatan caravan dan juga bilik hotel.

itulah hotel di Southview Park ni. tapi tarikan utama utama di Skegness ialah caravan, jadi lagi banyak servis caravan yang disediakan daripada servis hotel. *sila abaikan mak cik yang terlebih excited tapi anak saudara tak tengok kamera pun* =P


Apa yang menarik di Southview Park ni, pemandangan yang sangat cantik! pintu depan untuk masuk ke park pun dah ada air terjun tiruan. siap dengan itik tengah mandi manda. masuk ke dalam sikit..laluan kiri kanan tasik, yang penuh dengan itik dan angsa.


Itik pulang petang


Selain itu, depan caravan kami ada padang yang luas. Pukul 3 atau 4 lepas pulang dari jalan-jalan, mesti Rayyan dgn Uqail main-main di padang. saya yang menegoknya pun tumpang seronok. rasa nak berlari sama. tapi kena cover sikit, dah tua besar gabak pulak tu. malu omputih tgk. hahaha. :P


 seronoknyaaaa diorang main bola.



ni pulak main layang-layang. sebab Skegness ni kawasan tepi pantai, jadi angin kuat. memang sesuai untuk main layang-layang. harga layang-layang kat sini, 1.5pound ke 3pound.



Ni pulak melayan itik-itik di depan caravan kami. kawasan Southview Park Hotel ni memang banyak itik. pagi-pagi kalau masak, pastu kitorang bukak tingkap, penuh itik merayau-rayau keliling caravan. minta simpati moga-moga kitorang bagi makan. =P *kredit gambar, kak aini kawan kepada kakak ipar, cilok dari facebook dia*


Dalam gambar tu, kitorang tengah bagi itik makan roti. memang agresif itik-itik tu. mula2 sikit je. pastu lama-lama ramai pulak geng-geng dia datang. tak sempat nak lempar pun cebisan roti tu, terus je itik sambar kat tangan. lepas tu ampunnn tak berani dah nak bagi makan. cuma lempar melalui pintu caravan je, jadi itik-itik tunggu kat bawah. tak berani dah nak biarkan diri dikelilingi itik.

oklah, itu sahaja entri kali ni. next entri attraction di Skegness. See ya!

Tiada ulasan:

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat